♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata : ♥ Orang yang menjadikan sifat malu sebagai PAKAIAN NYA. ♥ Nescaya orang-orang tidak akan melihat AIB dan CELA pada diri nya. ♥ Pada suatu hari seorang gundik Raja telah terseliuh tangan nya. ♥ Bermacam-macam cara sudah di cuba tetapi tetap tidak berjaya. ♥ Raja telah memerintah kan seorang tabib tua untuk mengubati gundik baginda. ♥ Apabila sampai di istana tabib menyuruh gundik mengangkat tangan nya tetapi dia tetap tak berdaya. ♥ Akhirnya datanglah idea gila tabib raja dan dia pun berkata kepada Raja : ♥ Wahai Tuanku ! Sakit tangan ini berasal dari tulang punggung di sebelah belakang nya. Izinkan hamba mengurut nya. ♥ Raja hanya mengangguk-angguk dan tersenyum sahaja. ♥ Tabib tua pun mengacah-acah tangan nya hendak menyelak kain gundik Raja dan menyentuh punggung nya. ♥ Dengan tidak semena-mena gundik Raja menepis-nepis tangan tabib tua sambil menyumpah-nyumpah dalam hati nya.
♥ Tabib tua mengacah-acah lagi tangan nya hendak menyelak kain gundik
raja dan bersungguh-sungguh pula gundik Raja menepis-nepis nya tanpa
menyedari hal ehwal keadaan nya. ♥ Akhir nya tamatlah sesi acah
mengacah dan tepis menepis antara kedua nya dengan keputusan nya
sembuhlah tangan gundik Raja tanpa sempat di sentuh punggung nya oleh
tabib Raja. ♥ Moral cerita : Rasa MALU telah melupakan rasa sakit nya kerana ingin mempertahankan MARUAH diri nya.
♥ MALU itu MAHKOTA KEMANUSIAAN. ♥ POKOK kepada segala KEBAIKAN. ♥ PERISAI melawan NAFSU dan SYAITAN. ♥ PERHIASAN diri menjaga KEHORMATAN. (^_^)v♥♥♥~*
0 Komentar